Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

5 Ciri Monitor Gaming Ultimate Untuk Pemain Esport Professional

0

Anda seorang pemain Esport? Jika ye, artikel kali ini khas untuk anda. Kami akan kongsikan dengan anda 5 ciri yang anda kena titikberatkan sebelum anda beli sebuah monitor gaming ultimate. Jom cek !

1. Resolusi Dan Saiz Mesti Sepadan

Ini yang paling basic sebab ia akan menentukan sama ada imej yang akan anda nampak di skrin tu sharp dan cantik. Contoh untuk monitor bersaiz 27 inci, kombinasi terbaik adalah dengan resolusi 2K. Kalau monitor saiz ni tapi resolusi Full HD, anda akan nampak titik-titik pixel yang menyebabkan imej tu jadi tak berapa cantik tak berapa sharp. Manakala jika monitor saiz 27 inci juga tapi kali ini resolusi 4K, memang gambar yang akan anda dapat tu sharp tapi ia tak nampak natural sangat, akan nampak pelik.

Jadi untuk monitor bersaiz 27 inci resolusi yang ngam dengannya adalah resolusi 2K, monitor bersaiz 24 inci sesuai dengan resolusi Full HD dan untuk monitor bersaiz 30 inci perlukan resolusi 4K.

2. Jenis Panel

Perkara kedua yang anda kena cek adalah jenis panel yang digunakan pada monitor yang anda nak beli tu sebab ia yang menentukan warna yang anda akan nampak. Untuk panel, ada 3 jenis panel yang popular iaitu Panel TN, Panel VA dan Panel IPS. Antara ketiga-tiga panel ni yang paling cantik semestinya Panel IPS. 

Cuma masalah untuk Panel IPS ni adalah ia tak mampu nak sampaikan response time gtg 1ms kepada pengguna. Sebab itu kebanyakan monitor gaming yang ada di luar sana menggunakan Panel VA walaupun warnanya tak secantik Panel IPS tapi ia mampu sampaikan response time 1ms tadi. Tapi monitor gaming jenis ini hanya mampu dikenali sebagai monitor gaming sahaja, bukan monitor gaming ultimate.

3. Ciri Tambahan Untuk Gaming

Yang ni anda kena tengok ciri-ciri gaming yang ditawarkan pada monitor gaming yang anda nak beli tu. Untuk gaming monitor kegunaan Esport refresh rate 144Hz sangat memadai selain ciri G-Sync yang diperlukan. Kedua-dua ciri ini sangat penting untuk kurangkan ghosting, untuk hapuskan artifact dan juga tearing.

4. Menyokong Semua Platform

Sebelum anda masukkan gaming monitor anda tu ke dalam kategori ultimate, anda kena pastikan yang monitor tu mampu menyokong ke semua platform yang ada iaitu PC, console (PS4 dan Xbox) dan juga telefon pintar. Kalau anda tengok pertandingan Esport, ia tak fokus kepada PC semata-mata, bukan Dota 2, CS:GO, Valorant semata-mata. Ada juga FIFA untuk Xbox / PS5, dan ada juga Mobile Legends, PUBG Mobile untuk telefon pintar. Jadi sebab itu monitor gaming yang masuk dalam kategori Esport ni kena menyokong semua platform. Ini juga bermakna monitor ini kena ada semua port yang diperlukan untuk semua platform tadi.

5. Reka Bentuk Dan Fizikal

Untuk ciri yang kelima ni sebenarnya kalau ada pun okay, kalau tiada pun tak mengapa. Tapi disebabkan tajuk artikel kali ini adalah ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah monitor gaming ultimate jadi ia mestilah monitor gaming yang paling sempurna. Fleksibiliti memang bonus di mana anda boleh ubah sudut dan ketinggian skrin mengikut paras mata anda dan seterusnya menjaga bentuk postur badan anda supaya tak lenguh lebih-lebih lagi jika anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Jika monitor itu dapat dipusingkan dan digunakan secara menegak juga bagus sebenarnya, anda boleh guna untuk baca komen semasa streaming contohnya.

Ciri lain yang anda boleh perhatikan pada fizikal monitor tersebut adalah jika ia datang dengan kesan lampu RGB yang boleh diubah, pengurusan kabel supaya setup anda lebih terurus dan tersusun serta saiz bezel yang lebih nipis supaya ianya nampak lebih menawan.

Agak-agak anda model mana yang memenuhi kesemua 5 ciri di atas yang ada di pasaran? Kalau anda jumpa monitor gaming ultimate dan untuk dapatkan potensi yang penuh bagi monitor tersebut, anda boleh padankan ia dengan spesifikasi PC yang menggunakan prosesor Ryzen 5 dan juga MSI RTX3060 ke atas. Kalau anda guna spesifikasi yang bawah dari tu memang anda akan dapat rasa ciri gaming pada monitor tersebut tapi anda tak boleh nak hargai statusnya yang ultimate tu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.