Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

5 Tips Untuk Beli Laptop Gaming

0

Antara soalan yang banyak kami di Monaliza terima adalah apa yang perlu kita tengok bila mana nak beli laptop gaming. Dengan harga laptop gaming semakin melonjak naik, semestinya anda nak invest pada model yang betul untuk kegunaan jangka masa panjang kan? Jadi tanpa berlengah lagi, jom cek 5 tips untuk beli laptop gaming ni !

1. Spesifikasi

Yang paling utama untuk laptop gaming adalah spesifikasi. Tapi spesifikasi ni banyak, ada processor, graphic card, RAM, storage, Windows dan bateri. Dalam banyak-banyak komponen ni, komponen mana yang paling penting? Yang paling penting untuk laptop gaming adalah graphic card. Jika anda perasan di pasaran sekarang banyak model laptop gaming yang menggunakan processor sama tapi graphic card berbeza dan ada juga yang menggunakan graphic card sama tapi processor berbeza.

Kami pernah bandingkan dua laptop gaming yang menggunakan graphic card sama iaitu GTX1650, satu model menggunakan processor Ryzen 5 dan satu model lagi menggunakan processor Ryzen 7. Perbezaan prestasi tu ada, yang mana untuk model yang menggunakan processor Ryzen 7 nilai FPS naik tapi sangat sedikit.

Kami bandingkan pula dua laptop yang menggunakan processor sama iaitu Intel Core I5, satu model menggunakan graphic card GTX1650 dan satu model lagi menggunakan GTX1660Ti. Dan apa yang kami dapat perbezaan prestasi kedua-dua model laptop ini sangat ketara. Sebab itu spesifikasi graphic card untuk laptop gaming adalah sangat penting. Memang tak dinafikan ada game yang menggunakan processor lebih dari graphic card dan ia dikenali sebagai CPU Intensive tapi kita kena terima hakikat yang jumlah game yang meggunakan graphic card lebih dari processor adalah lebih banyak.

Jika graphic card menjadi komponen utama yang terpenting, yang kedua terpenting semestinya processor. Yang seterusnya adalah RAM dan storage yang mana anda kena tengok secara serentak. Anda boleh upgrade dua benda ni cuma anda kena tahu slot dalaman tu jenis yang macam mana. Ada model yang datang dengan RAM 8GB dan bila nak upgrade ke 32GB rupa-rupanya RAM asal 8GB tu jenis soldered pada motherboard jadi anda dah tak boleh nak tambah sehingga 32GB, mungkin sampai 16GB atau 24GB sahaja. Sama juga dengan storage, ada laptop yang menawarkan 1 slot sahaja, ada juga yang menawarkan sehingga 3 slot nvme ssd, 1 slot sata jadi anda kena cek semua ni. Dari segi bateri dan Windows tak berapa penting sangat. Gamer tak perlukan sangat bateri laptop yang tahan lama sebab biasanya gamer sebenar tak main game guna bateri, mereka akan sentiasa on plug.

2. Thermal Performace atau Cooling System

Anda kena tahu untuk laptop gaming ni memang kita akan guna kaw-kaw dengan penggunaan processor dan graphic card mungkin dah sampai 100%. Jadi bila performance dah guna tinggi, CPU guna banyak, graphic card guna banyak maka haba yang dibebaskan tu akan jadi tinggi. Sampai satu tahap processor dan graphic card tu tak mampu bertahan dengan haba yang dikeluarkan, paling teruk ia akan rosak. Tapi komputer ni bijak, kalau kita dah biasa dengan penggunaan 100%, ia akan rendahkan kepada 50% sahaja untuk elakkan sistem dari sebarang kerosakkan.

Sebagai contoh anda tengah main game 120 FPS, tiba-tiba ia jatuh ke 30 FPS atau lagi teruk ia akan matikan laptop yang anda sedang guna. Ia bukan satu kerosakan kepada komputer tapi itu satu sistem keselamatan yang mana motherboard cuba selamatkan processor dan graphic card dari rosak. Sebab itu kita perlukan laptop yang mampu kekalkan processor, graphic card dan hardware-hardware lain dalam julat yang membolehkan ia beroperasi pada tahap maksimum. 

Jadi macam mana nak cek cooling system yang bagus? Anda kena tahu setiap jenama akan show off cooling system mereka sebagai contoh dengan letak nama seperti AeroBlade, Nitro Boost dan lain-lain nama lagi. Kalau guna external cooler okay tak? Sebenarnya okay je kalau anda nak guna external cooler cuma lebih baik anda beli laptop gaming yang mempunyai internal cooler yang power dengan cara buat sedikit kajian, tonton ulasan bagi model yang anda nak beli tu.

3. Skrin

Skrin ni tak bagi kesan sangat pada prestasi laptop tu cuma bila skrin yang kita cari tu power, ia akan bagi satu kepuasan untuk gamer semasa main game. Kita dah beli laptop yang mampu bawa FPS sehingga 100 atau 200 FPS tapi kita hanya guna skrin biasa sahaja jadi dari segi smooth tu tak best sangat. Jadi sebelum anda beli laptop gaming, cek juga skrin laptop tu. Skrin apa yang anda kena tengok?

Mula-mula sekali anda cari skrin yang guna IPS sebab kita nak satu warna, satu video yang bila anda tengok tu syok. Kedua kena cek refresh rate, kadang-kadang computer tu tak mampu pun nak sampai 200 FPS tapi ia akan jadi sangat berbeza jika anda bandingkan skrin yang menggunakan 144Hz dan 60Hz, dari segi smooth tu memang ketara. Jadi pastikan laptop gaming yang anda nak beli tu mempunyai refresh rate yang tinggi. Jika anda nak cari yang lagi power dari segi warna dan lain-lain, anda kena titikberatkan sRGB dan sebagainya.

4. Keyboard

Untuk laptop ada banyak sangat jenis layout keyboard. Kebanyakan gamer tak kan guna touchpad untuk main game, jadi mereka akan beli mouse gaming. Tapi untuk keyboard memang akan guna keyboard pada laptop gaming tu jadi anda kena cari layout keyboard yang anda familiar dari segi susunan, papan kekunci menghampiri keyboard yang biasa anda guna di desktop. Keyboard ni ada banyak jenis layout dan papan kekunci yang berbeza terutamanya bahagian arrow key ada model laptop yang datang dengan saiz yang lebih kecil. Selain tu jarak antara key tu juga penting untuk kepuasan anda walaupun ia nampak agak remeh.

5. RGB, Reka Bentuk & Lain-lain

Ciri-ciri lain yang tak begitu spesifik seperti RGB, reka bentuk, skrin tambahan dan sebagainya tak berapa penting pun sebenarnya tapi ramai juga yang fokus kepada ciri-ciri ini. Kadang-kadang hanya disebabkan laptop gaming tu datang dengan One-Zone RGB sahaja terus tak berminat dengan model tu walaupun spesifikasi laptop gaming tu dah cun. Sedangkan yang paling penting untuk laptop gaming adalah prestasi, skrin dan keyboard.

Jika anda jelas dengan semua tips ini dan bila anda ke kedai untuk beli laptop gaming, anda pasti akan berpuas hati dengan pilihan anda. Soalan yang terakhir, jenama apa yang anda patut beli? Dari segi jenama sekarang sebenarnya lebih kurang sama sahaja, yang penting anda ikut 5 tips di atas tadi. Bonus, anda digalakkan untuk cari jenama yang ada waranti yang bagus seperti waranti selepas jualan. Diingatkan tips di atas memang fokus kepada laptop gaming sahaja, bukan laptop gaming dan streaming atau laptop gaming dan editing. Sebab untuk laptop dengan kegunaan berbeza seperti itu perlukan spesifikasi yang lain.

Leave A Reply

Your email address will not be published.