Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Gaming PC Bajet RM1,500 Menggunakan Intel Pentium

0

Assalamualaikum, pada artikel kali ini kami nak test build PC yang berharga RM1,500 menggunakan processor Intel Pentium G5400. Masih valid ke guna processor jenis ini pada tahun 2020 ni? Itu yang kita nak bincangkan, jom !

Processor Intel Pentium G5400 ini dilancarkan oleh Intel pada tahun 2018 yang mana pada tahun tersebut jika anda berkeinginan untuk build PC gaming bajet ramai yang akan rekomen untuk beli Intel Pentium G5400 ini. Antara sebabnya adalah kerana harganya memang murah, ia datang dengan 2 core, 4 track dan speed 3.7ghz. Tapi selepas Ryzen keluar, Intel Pentium G5400 seakan-akan dilupakan. Jadi kami di sini, pada tahun 2020 ini ingin test sama ada Intel Pentium G5400 ini masih valid atau tak untuk kegunaan gaming / streaming.

Jadi untuk merealisasikan test kali ini, kami telah setup 1 PC gaming menggunakan Intel Pentium G5400 bersama-sama hardware basic yang lain seperti Motherboard Chipset H310M dari GigaByte, RAM dari T-Force DDR4 8GB, Storage PNY SSD, Intel Stock Cooler, Graphic Card Zotac Gaming GeForce GTX 1650 OC 4GB, manakala untuk Casing dan PSU kami hanya menggunakan yang bajet RM99.00 sahaja. Pemilihan storage PNY SSD ini adalah kerana ia antara SSD yang murah tetapi write speed cecah 500MBps.

Untuk test performance PC gaming dengan bajet RM1,500 ini, kami semak test dengan PCMARK10 kerana PCMARK10 ini lebih menyeluruh berbanding yang lain. Berdasarkan score dari PCMARK10, bagi kegunaan biasa seperti Run Windows, score yang diberi adalah 7517 yang mana kalau lebih score 3500 PC itu dikira power. Untuk kegunaan seperti Excel, proses data atau edit gambar menggunakan Adobe Photoshop pun tiada masalah. Cuma kalau dibandingkan dengan PC lain secara online, ia belum capai level PC gaming yang support VR, tapi ia masih power kerana ia 2x ganda lebih bagus dari PC office. 

Selain itu, kami juga uji PC gaming bajet ini dengan bermain game seperti Dota 2, Fortnite, Overwatch, Apex Legends, GTA 5 dan PUBG. Untuk melihat analisa lebih lanjut bagi setiap game yang kami mainkan, anda boleh lihat video di bawah. Secara keseluruhan, PC gaming bajet ini boleh memainkan game yang disebutkan tadi dengan setting tertentu. Selain itu, kami uji juga untuk melihat keadaan cooling system, suhu semasa stress test tidak begitu tinggi walaupun hanya menggunakan Intel Stock Cooler, sama seperti suhu GPU.

 

Apa yang kami dapat konklusikan dari test kali ini menggunakan Intel Pentium G5400, processor ini masih lagi sesuai untuk digunakan dalam gaming pada tahun 2020 ini. Processor Intel Pentium G5400 ini dapat mainkan beberapa game dengan baik sekiranya anda padankan ia dengan Graphic Card yang sesuai seperti GTX1650 atau GTX1060. Jadi setakat itu sahaja review kali ini. Jumpa lagi di review seterusnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.