Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Ultrabook Terbaik dari Illegear – Illegear Artè

0

Illegear Malaysia baru sahaja melancarkan Illegear Artè, sebuah Ultrabook yang menggunakan Processor terbaru dari Intel iaitu Intel Tiger Lake Core i7-11370H.

Laptop ini sangat nipis dengan ketebalan 13.6mm dan berat hanya 1.04kg. Material utama Illegear Artè ialah Magnesium Alloy dengan Protective Coating.

Design Illegear Artè minimalis dan premium dengan Logo Illegear di belakang skrin dari Aluminum.

Illegear Artè menggunakan Silent Membrane Keyboard dengan lampu LED yang berwarna putih dan Illegear Signature Glass Touchpad yang bersaiz besar.

Saiz skrin Illegear Artè ialah 14.5 Inch dengan ratio 16:10. Resolusi skrin untuk Illegear Artè ialah 2800 x 1800 pixel dan panel jenis iRIS XQVGA. Warna skrin Laptop ini sangat cantik iaitu 100% sRGB dengan kecerahan 400 Nits. Dengan teknologi Illegear INFINIVISION, bazel untuk skrin Laptop ini sangat nipis dengan Screen-To-Body Ratio 93%.

Untuk Input Output Connection, di sisi kanan ada Port Thunderbolt 4 USB Type-C, Port USB Type-A 3.1 Gen 1, Port HDMI 2.0 dan Port DC In. Manakala di sisi kiri pula ada Port Combo Audio Jack, 2-in-1 Card Reader, Port USB Type-A 3.1 Gen 1, Port USB Type-C 3.1 Gen 2 dan lubang Kesington Lock.

Spesifikasi penuh Illegear Artè ini ialah Intel Core i7-11750H, RAM 32GB DDR4, PCIE 4.0 NVME SSD dan Intel Iris XE Integrated Graphic Card. Battery untuk Illegear Artè jenis Polymer 53Wh dan boleh digunakan sampai 7 jam untuk penggunaan biasa.

Speed PCIE 4 NVME SSD yang digunakan sangat laju seperti gambar di atas.

..

Pada pendapat kami, Illegear Artè merupakan sebuah Ultrabook yang mampu milik dan wajib dibeli oleh golongan Professional. Illegear Artè juga datang dengan pilihan Intel Core i5, 11550H.

Leave A Reply

Your email address will not be published.