Publisher Theme
I’m a gamer, always have been.

Review Neckband Yeesound D8 Sambil Main Squash

0

 

Assalamualaikum, pada artikel kali ini kami ingin berkongsi tentang Yeesound Neckband D8 kepada para pembaca di luar sana. Katanya Yeesound Neckband D8 ini direka khusus untuk anda yang minat bersukan. Jadi betul ke Yeesound Neckband D8 ini sesuai dengan pelbagai aktiviti sukan? Jom baca review kali ini !

Pertama sekali sebelum kita test Yeesound Neckband D8 ini semestinya kita kena unbox dahulu. Jadi dalam box ni terdapat eartip saiz medium serta large, kad waranti, kabel jenis micro usb selain produk utama semestinya Yeesound Neckband D8. Untuk lebih jelas, anda juga boleh tekan video di bawah. 

 

Kelebihan yang ada pada Yeesound Neckband D8 ini ialah ia datang dengan double battery life dan Bluetooth 5.0. Pada reka bentuknya terdapat in-line controller, yang paling menarik dan unik adalah neckband Yeesound Neckband D8 ini sangat fleksibel dan elastik. Pada hujung neckband pula terdapat besi bagi menampakkan Yeesound Neckband D8 ini sedikit premium. Earbud pula jenis magnet dengan design yang sangat esklusif dan premium. Selain itu, Yeesound Neckband D8 ini menawarkan 22 jam playback, reka bentuk yang stylish sesuai untuk anda yang mementingkan gaya penampilan, sangat ringan, housing yang tahan lama serta kalis air. 

Dari pemerhatian kami, Yeesound Neckband D8 ini kurang sesuai untuk digunakan bagi aktiviti sukan yang agak lasak seperti squash dan futsal sebaliknya ia sangat sesuai jika anda ingin menggunakannya semasa jogging dan larian. Dari segi kualiti audio pula, Yeesound Neckband D8 ini mempunyai kualiti audio yang sangat terbaik di mana bunyi bass tu dapat dirasai dengan kuat seperti memakai headphone. Dari segi harga pula, jika anda ke Yeesound Official Store di Shopee iaitu yeesound.my harga asal Yeesound Neckband D8 ini adalah RM300 tetapi ada diskaun yang diberikan menjadikan harganya hanyalah RM66 sahaja ! Wowww lebih 50% diskaun. 

Secara kesimpulan, dari segi keselesaan untuk dipakai semasa bermain sukan yang agak lasak agak kurang selesa dan sesuai. Dari segi fleksibeliti memang terbaik, tidak perlu dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan kualiti audio yang dihasilkan. Dengan harga RM100 ke bawah, Yeesound Neckband D8 ini antara yang terbaik untuk anda yang gemar mendengar muzik. Setakat itu sahaja review dari kami berkaitan Yeesound Neckband D8. Jumpa lagi di review akan datang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.